1. Bolehkah kadar tuntutan kerja lebih masa pegawai melebihi gaji pokok ?
    Boleh
    sekiranya menepati syarat-syarat di perenggan 2, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 1977 dan Surat Jabatan Akauntan Negara ANM/CWP/02/01 Jld. 3 (157) bertarikh 2 Mac 2001.

  2. Adakah pemandu boleh menuntut bayaran balik telefon bimbit (talian pasca bayar / pra bayar)?
    Boleh
    atas kadar tuntutan sehingga RM30 sebulan mengikut surat Kementerian Kewangan Kewangan KK/BP (8.01) 105/6-1 JLD.2 (SK 1/2007)(5) bertarikh 27.6.2007 dengan kelulusan Ketua Jabatan.

  3. Bolehkah penceramah sambilan dibayar bayaran saguhati?
    Boleh
    mengikut syarat seperti di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005.

  4. Bolehkah pegawai yang bertugas rasmi di luar ibu pejabat selama lima hari menuntut bayaran dobi?
    Boleh
    seperti di perenggan 4.12.1 (b), Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003 (Dipinda: Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2003).

  5. Siapakah yang boleh memberi kelulusan perbelanjaan bagi perjalanan tugas rasmi pegawai ke luar negara?Pegawai Pengawal seperti di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2 Tahun 2008.

  6. Bolehkah seseorang pegawai yang pertama kali dilantik ke dalam Perkhidmatan Kerajaan menuntut tambang perjalanan dari rumah kediamannya ke tempat beliau diarah bertugas?
    Boleh
    seperti di perenggan 13, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

  7. Bolehkah pegawai membuat tuntutan kerana mengiringi keluarga (isteri/suami/anak-anak) mendapatkan rawatan di hospital luar kawasan?
    Boleh
    sekiranya Pegawai Perubatan mengesahkan bahawa keluarganya memerlukan rawatan atau nasihat perubatan yang tidak boleh diperolehi di tempat ia bertugas seperti di perenggan 42. (a) Perintah Am Bab B 1974.

  8. Berapakah kadar yang boleh dituntut untuk Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi?
    Kadar bayaran yang boleh dituntut adalah sebanyak RM650.00 (pegawai) dan RM450.00 (pasangan) seperti di perenggan 10, (3) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007.

  9. Berapakah kadar elaun gangguan yang boleh dituntut oleh pegawai yang bertukar wilayah?
    Elaun Gangguan yang boleh dituntut ialah sebulan gaji hakiki pegawai seperti di perenggan 4.1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988.

  10. Adakah pegawai yang memohon untuk menduduki Rumah Kerajaan layak menuntut bayaran perpindahan?
    Tidak Layak seperti perenggan 3, Surat Kementerian Kewangan KK/BP10/687/698/656/2 Jld. 9 (97) bertarikh 26 Julai 2006.

  11. Bolehkah pegawai yang diluluskan mengikuti kursus jangka panjang di luar negara selama 16 bulan menuntut bayaran balik visa dan pasport bagi isteri dan anak-anak?
    Boleh
    sekiranya pegawai diberi kelulusan membawa keluarga seperti di perenggan 5, ii Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

  12. Berapakah kadar bayaran elaun tugas memandu kenderaan yang boleh dibayar kepada Pembantu Am Pejabat yang diarah Ketua Jabatan untuk memandu kereta pejabat?
    Kadarnya ialah RM5.00 sehari seperti di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2007.

  13. Bolehkah Pemandu Kenderaan yang diarahkan memandu ambulans menuntut bayaran elaun tanggungjawab khas pemandu?
    Boleh
    seperti di perenggan 3.1 (ii), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2008.