1. Siapakah pegawai yang diarah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan?
    Pegawai yang sedang menduduki Rumah Biasa Kerajaan dan memiliki rumah melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah Kerajaan dalam lingkungan jarak 20 KM dari mercu tanda yang ditetapkan seperti perenggan 7, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2007 yang berkuatkuasa mulai 1 September 2007

  2. Apakah elaun yang boleh dituntut oleh pegawai yang dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi Kerajaan?
    Pegawai layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran lain seolah-olah ia bertugas rasmi seperti di perenggan 9, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

  3. Bolehkah Anggota Perkhidmatan Awam mendapat cuti tanpa rekod kerana kematian ahli keluarga terdekat?
    Boleh seperti di perenggan 3 (b) dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2002.

  4. Bolehkah pegawai dalam kumpulan sokongan yang menerima bintang atau pingat kebesaran menuntut elaun pakaian?
    Boleh seperti di perenggan 6, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan perenggan 3. ii, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.

  5. Siapakah yang layak dibayar elaun tugas memandu kenderaan?
    Pegawai yang memenuhi syarat-syarat di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2007.

  6. Apakah jenis rawatan perubatan secara percuma untuk ibu bapa yang sah bagi pegawai yang menerima opsyen Sistem Saraan Baru (SSB)?
    Rawatan perubatan secara percuma yang diberikan kepada ibu bapa yang sah adalah seperti di perenggan 8 (a) Perintah Am Bab F (1974) dan perenggan 3.3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1993.

  7. Bolehkah pegawai yang menghadiri temuduga bagi tujuan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) menuntut elaun perjalanan?
    Boleh seperti di perenggan 3.1, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1990 dan di perenggan 4, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

  8. Bolehkah pegawai perkhidmatan awam yang menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diluluskan cuti tanpa rekod?
    Boleh seperti di perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2004.

  9. Bolehkah pegawai yang memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumpul cuti rehat bagi tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR)?
    Boleh seperti di perenggan 3 dan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2003 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003.

  10. Apakah nama skim-skim perkhidmatan yang layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal?
    Sebanyak 36 skim perkhidmatan layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

  11. Bolehkan pegawai Kerajaan mendapatkan rawatan secara percuma di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.?
    Boleh seperti di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.

  12. Siapakah pegawai yang layak dibayar elaun Bahasa Asing?
    Pegawai yang memiliki Sijil Kemahiran Bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Rusia atau Sepanyol layak dibayar Elaun Bahasa Asing seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 30 Tahun 2007.


  13. Adakah pegawai boleh diperuntukkan telefon bimbit secara ‘pool’ untuk kegunaan rasmi?
    Boleh mengikut perenggan 2.2, Pekeliling Perbendaharaan 2 Tahun 2002 yang memperuntukkan bahawa, pegawai boleh diperuntukkan telefon bimbit secara pool basis untuk kegunaan rasmi dengan kelulusan Pegawai Pengawal. Kriteria pemberian adalah seperti yang dinyatakan di perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2001.

  14. Adakah Pegawai Kumpulan Sokongan yang bertugas di luar kawasan ibu pejabat/negara dan diarah membuat kerja lebih masa layak dibayar bayaran lebih masa?
    Layak mengikut Perintah Am 14, Bab G dan perenggan (ii). surat Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)63/31(SV12) bth. 15 November 2001. Di samping itu, pegawai juga layak menuntut elaun bertugas rasmi di luar pejabat seperti Elaun Makan, Elaun Harian, Bayaran Sewa Hotel, Elaun Perjalanan Kenderaan dan sebagainya.

  15. Siapakah yang layak memohon Cuti Gantian?
    Cuti Gantian boleh diberi apabila Pegawai diarah oleh Ketua Jabatan untuk bertugas lebih masa dan Pegawai tidak berkelayakan mendapat Bayaran Lebih Masa atau Bayaran Khas Lain seperti di dalam Perintah Am 40, Bab H.

  16. Adakah pegawai yang menghadiri kursus pada hari Sabtu / Ahad / Kelepasan Am layak memohon Cuti Gantian?
    Tidak layak

  17. Senaraikan jenis cuti kerana perkhidmatan yang layak di pohon oleh pegawai Kerajaan?
    Ada TIGA (3) jenis cuti iaitu Cuti Rehat, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji seperti di perenggan 6, Perintah-perintah Am, Bab C (1974) Cuti.

    [BabC.6 – 81]
    BAHAGIAN SATU
    KELAS A

    II. CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
    6. Jenis cuti kerana perkhidmatan.

    Seseorang pegawai boleh diberi cuti-cuti yang berikut kerana perkhidmatan yang melayakkan:

    i.        cuti rehat;
    ii.     
    cuti separuh gaji;
    iii.  cuti tanpa gaji;

  18. Bolehkah pegawai yang telah berkhidmat dengan Kerajaan melebihi satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan mengambil cuti tanpa gaji kerana urusan persendirian?
    Boleh seperti di perenggan 14 (a) hingga (c), Perintah Am Bab C (1974) Cuti. (Lihat No. 15)

  19. Bolehkah Pembantu Tadbir (P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?
    Boleh, seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.

  20. Apakah yang dimaksudkan dengan cuti kerantina?
    Cuti Kerantina ialah apabila seseorang pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri ditahan di mana-mana stesyen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan seperti yang dijelaskan di perenggan 24(a), Perintah Am Bab C 1974.

  21. Apakah kriteria pemberian Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK)?
    Kriteria BITK adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1999.

  22. Bolehkah elaun basikal dibayar kepada Pembantu Am Pejabat yang menggunakan basikal sendiri untuk menjalankan tugas rasmi?
    Boleh seperti di perenggan 4.10.1, Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2003.

  23. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Insentif Wilayah layak dibayar Bantuan Sara Hidup (COLA)?
    Tidak Layak seperti di perenggan 4.(c), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 28 Tahun 2005.

  24. Bolehkah pegawai perundangan yang bertugas di mahkamah dibekalkan baju kot?
    Boleh seperti surat JPA(S)1852/2A/Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996.

  25. Bolehkah pegawai yang akan menunaikan fardhu haji kali kedua diluluskan cuti haji?
    Cuti haji hanya diluluskan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan pegawai seperti di perenggan 2(ii), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1984.

  26. Siapakah yang layak dibayar Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer?
    Pegawai yang layak ialah seperti di perenggan 3.1, (i) Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bilangan JPA (S)(BGE) 63/38/2 Klt. 2 (22) bertarikh 1 Disember 2005 dan JPA(S)63/38/2(30) bertarikh 22 Mei 1995.

  27. Apakah kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran Insentif Pendalaman?
    Kriteria kawasan pendalaman bagi melayakkan seseorang anggota perkhidmatan awam dibayar Bayaran Insentif Pendalaman adalah seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2000.

  28. Bolehkah seorang Penyelenggara Stor Rendah Gred N11 yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuhnya di sesuatu Jabatan/Agensi dibayar Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)?
    Tidak Layak kerana BITPS khusus kepada PT(P/O) yang menjalankan tugas pengurusan stor sepenuh masa seperti di perenggan 3, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999.

  29. Berapakah Kadar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal untuk pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional?
    Kadar yang dibayar ialah sebanyak 5% daripada gaji pokok kecuali bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian, Pegawai Farmasi, Pensyarah Perubatan, Pensyarah Pergigian, Pensyarah Universiti(Farmasi) dan Pensyarah UiTM(Farmasi) adalah sebanyak RM750 sebulan tanpa mengikut gred seperti di perenggan 14,(a), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

  30. Adakah pegawai yang diluluskan cuti belajar bergaji penuh di luar negara melebihi satu tahun layak menuntut Bantuan Sara Hidup?
    Tidak Layak seperti di perenggan 4 (g), Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007.

  31. Adakah seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) yang menjalankan tugas pembantu khas dan dibayar elaun pembantu khas layak dibayar elaun tersebut semasa pegawai diluluskan cuti bersalin?
    Tidak layak seperti di perenggan 10, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2008


  32. Adakah pegawai Kerajaan yang dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician) / Pakar Kardiologi hospital swasta ke Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. mendapat rawatan secara percuma?
    Ya seperti di perenggan 3, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007


  33. Bolehkah Penolong Pegawai Tadbir yang menjalankan tugas sepenuh masa sebagai penyelia dan pentadbir di Unit Kewangan disesebuah Jabatan menuntut Bayaran Insentif Tugas Kewangan?
    Tidak boleh kerana BITK hanya dipanjangkan kepada skim perkhidmatan lain yang setaraf dan lebih rendah dari PT(P/O), PA dan PT(K) yang menjalankan tugas kewangan sepenuh masa seperti di perenggan 4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2001.

  34. Adakah pegawai yang pasangannya menduduki kuarters Kerajaan layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah?
    Pegawai tidak layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah tetapi layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan seperti di perenggan 6, 6.4, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2001.

  35. Bolehkah anak-anak pegawai yang tidak mengikut pegawai bertukar wilayah menggunakan kemudahah tambang mengunjungi wilayah asal untuk melawat pegawai?
    Boleh seperti di perenggan 4, k, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2008.