KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
safida.mpiah@kpwkm.gov.my
03-83231004
Rujukan : https://aplikasi.jdn.gov.my/mycdo/index.php
Peranan Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
- Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan dipercayai.
- Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di kementerian/jabatan/agensi melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital kementerian/jabatan/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of- Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
- Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
- Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
- Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
- Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP kementerian/jabatan/agensi.
- Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di kementerian/jabatan/agensi bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
- Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus yang berkaitan.
- Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
- Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT kementerian/jabatan/agensi dan Mesyuarat Kerajaan Digital
