UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

LATAR BELAKANG 

Unit Perhubungan Awam pada mulanya bernaung di bawah Bahagian Unit Pengurusan sehingga rombakan kabinet pada 2004. Selepas itu, unit ini dikenali sebagai Unit Komunikasi Korporat (UKK) dengan perjawatan yang diluluskan seramai 11 orang.


VISI

Penyampaian hasrat dan aspirasi Kerajaan melalui komunikasi dan perhubungan yang professional dan dinamik.


MISI

Merialisasikan visi melalui pendekatan hal ehwal korporat Kementerian, pengurusan perhubungan media, pengurusan perhubungan awam dan pemasaran maklumat mengenai Kementerian melalui media massa, penerbitan bercetak, video, portal rasmi dan media sosial Kementerian.


OBJEKTIF 

Memelihara dan meningkatkan imej positif Kementerian melalui strategi perhubungan awam (PR) yang teratur dan memastikan penyebaran maklumat dan mesej sampai kepada kumpulan sasar melalui kaedah dan medium perhubungan awam.


FUNGSI

  • Memasarkan maklumat mengenai Kementerian melalui pelbagai saluran komunikasi bagi memperkukuh imej korporat dan ketelusan maklumat.
  • Menguruskan hal ehwal korporat Kementerian bagi memastikan penyampaian imej, identiti, dan reputasi Kementerian yang positif serta konsisten.
  • Mengurus dan menyelaras hubungan media bagi memastikan penyampaian maklumat rasmi, dasar, program dan inisiatif Kementerian dapat disebarkan secara tepat, cepat dan berkesan kepada masyarakat.
  • Mengurus perhubungan awam bagi memperkukuh hubungan antara Kementerian dengan pihak media, orang awam serta pemegang taruh.
  • Melaksanakan pengurusan aduan secara berkesan bagi memastikan setiap aduan awam ditangani dengan cepat, telus dan berintegriti.
ATAS
Accessbility Option