Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN AKAUN


VISI

Menjadi Sebuah Organisasi Terbilang Dalam Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam.

 

MISI

Menyedia Perkhidmatan Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam Yang Cekap Bagi Mempertingkatkan Akauntabiliti Sektor Awam.

 

OBJEKTIF

  1. Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.
  2. Memastikan transaksi kewangan dan perakaunan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.
  3. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Memastikan pematuhan kepada peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa melalui pelaksanaan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan, pemantauan dan audit terimaan.
  4. Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti berkaitan perkhidmatan kewangan dan perakaunan mengikut keperluan pelanggan
  5. Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.

  

FUNGSI UTAMA

  1. Mengurus dan mengakaunkan terimaan dan bayaran termasuk bayaran gaji dengan betul agar maklumat kewangan dan perakaunan yang direkodkan adalah tepat bagi tujuan penyediaan penyata kewangan.
  2. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian, pelaporan dan maklumat perakaunan bagi membantu pengurusan atasan dalam pembuatan keputusan.
  3. Melaksanakan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian dan Audit Terimaan meliputi semakan Dokumen Akuan Terimaan (DAT) dan Naziran Terimaan ke atas Pejabat Pemungut di bawah Kementerian.
  4. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti mengikut kategori Aset Alih, Aset Tak Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum Terima, Dan Akaun Belum Bayar dan memperakaunkan aset dan liabiliti tersebut selaras dengan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian.
  5. Memberi khidmat nasihat serta merancang dan melaksanakan program latihan dalam bidang perakaunan dan kewangan termasuk sistem perakaunan.
  6. Memberi kebenaran ke atas permohonan pelupusan dokumen kewangan sebelum permohonan kelulusan pelupusan dikemukakan ke Jabatan Arkib Negara.
  7. Menguruskan permohonan kelulusan reka bentuk sistem perakaunan dan kewangan serta memantau pelaksanaan SAGA di agensi di bawah KPWKM. 

  

Kemaskini : April 2025

ATAS
Accessbility Option