PRAKATA / AMANAT YB MENTERI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam K.A.S.I.H KPWKM.
Kumpulan Sasar KPWKM yang dihormati,
Kami amat menghargai setiap seorang dari anda. Sebagai sebuah keluarga besar KPWKM, marilah kita bersama-sama bergerak seiring bagi memacu pembangunan masyarakat ke arah kemakmuran bersama.
Misi kami bagi membangunkan masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif tidak akan berjaya tanpa sokongan anda kumpulan sasar yang kami hargai.
Kami komited mencapai objektif:
- Memperkukuh institusi perkahwinan dan kekeluargaan untuk kestabilan sosial;
- Memperkasa wanita dan mengarus perdana gender bagi mencapai kesejahteraan bersama;
- Menjamin hak dan kesejahteraan kanak-kanak bagi mencapai potensi optimum;
- Mendaya upaya orang kurang upaya, warga emas dan kumpulan khusus demi kesejahteraan hidup; dan
- Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan bagi mewujudkan sistem sokongan yang berkesan dan menyeluruh kepada semua.
Kami dengan tangan terbuka mengalu-alukan penglibatan anda bersama-sama kami bagi mencapai misi dan objektif membangunkan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk Malaysia yang lebih maju dan cemerlang.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat