Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

LATAR BELAKANG

Bahagian Hubungan Antarabangsa ditubuhkan untuk membantu KPWKM dalam memastikan komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa dilaksanakan sepenuhnya di samping memperkukuhkan jaringan di peringkat antarabangsa, hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan negara luar.

Bahagian Hubungan Antarabangsa dibahagikan kepada tiga unit iaitu Unit Hubungan Pelbagai Hala, Unit Hubungan Serantau dan Dua Hala dan Unit ASEAN. Secara amnya, ketiga-tiga unit ini bertanggungjawab merancang, memantau dan menyelaras semua program/ aktiviti antarabangsa yang melibatkan penyertaan anggota pentadbiran, pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai KPWKM dan agensi-agensi di bawahnya. Bahagian Hubungan Antarabangsa juga menyediakan Input, Intervensi dan Nota Ikhtisar untuk sebarang lawatan rasmi delegasi Malaysia ke luar negara dan  menyelaras perjanjian-perjanjian kerjasama (MoU) di antara Malaysia dengan negara-negara sahabat dalam bidang yang berkaitan dengan tugas KPWKM.

Bahagian ini juga bertanggung jawab sebagai frontline kementerian dalam isu-isu antarabangsa terutamanya bagi hubungan pelbagai hala, hubungan dua hala dan focal point ASEAN dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang tugas KPWKM. Bahagian ini bertindak selaku penyelaras di antara KPWKM dengan kementerian, agensi-agensi, kerajaan yang lain, pejabat-pejabat perwakilan asing di Malaysia serta pertubuhan-pertubuhan antarabangsa.


VISI

Memastikan peranan Malaysia dalam mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa

 

MISI

Menyediakan khidmat pengantarabangsaan melalui pengurusan berkualiti

 

OBJEKTIF

  • Untuk memastikan komitmen kerajaan di peringkat antarabangsa dilaksanakan sepenuhnya. 
  • Untuk memperkukuhkan jaringan di peringkat antarabangsa, hubungan dua hala dan pelbagai hala.
ATAS
Accessbility Option