STRATEGI KPWKM
- Memastikan perspektif gender, keluarga dan kumpulan masyarakat diintegrasikan dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program.
- Memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan masyarakat melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
- Mengaudit undang-undang dan peraturan sedia ada dan mencadangkan perundangan baru bagi menjamin kelangsungan hidup, perlindungan dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender, kependudukan, pembangunan keluarga dan masyarakat bagi memperkenalkan pendekatan-pendekatan inovatif dalam perancangan dan pembangunan program.
- Membangun dan memantapkan pangkalan data sosial yang komprehensif dan bersepadu untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian program-program untuk kumpulan sasar.
- Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar bagi membolehkan penyertaan mereka yang berkesan dalam pembangunan negara.
- Menambah dan mempelbagaikan peluang kumpulan sasar untuk meningkatkan taraf sosioekonomi melalui program-program pembangunan dengan kerjsama agensi-agensi pelaksana.
- Memperkukuhkan jaringan kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan tujuan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran.
- Menubuhkan mekanisme pemantauan dan penilaian untuk menambah baik dasar dan pelaksanaan program.
- Memperluaskan akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada wanita, keluarga dan masyarakat.
- Memantap dan memperkuatkan sistem penyampaian perkhidmatan di semua peringkat melalui pengurusan sumber manusia kewangan dan teknologi secara profesional dan optimum.
- Menyebarkan maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di pelbagai agensi dan pertubuhan bagi membantu wanita, keluarga dan masyarakat mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.