UNIT INTEGRITI

LATAR BELAKANG

Unit Integriti di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 April 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan yang berhasrat menjadikan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.

 

OBJEKTIF 

  • Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.
  • Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.


FUNGSI 

  1. Tadbir Urus
    • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
  2. Pengukuhan Integriti
    • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
  3. Pengesanan dan Pengesahan 
    • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
    • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggung-jawab
  4. Pengurusan Aduan 
    • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
  5. Pematuhan 
    • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
  6. Tatatertib 
    • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib
ATAS
Accessbility Option