Boleh diterima, tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan, iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Walau bagaimanapun, jika nilainya melebihi RM500.00, ianya boleh diterima, dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu, maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan (Rujuk perenggan 8 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Penerimaan atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan, antaranya, sekiranya diberi atau diterima denga niat rasuah atau pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. (Rujuk perenggan 12 – Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Pegawai badan awam tidak boleh menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, limau mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (Rujuk perenggan 5 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. (Rujuk perenggan 21 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan yang tidak wajar dalam sektor awam dan swasta. Ia juga melindungi individu yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan.
Di samping itu Akta ini juga mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jenis-aduan aduan adalah berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan. Semua aduan akan diambil tindakan dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.
Aduan yang melibatkan integriti adalah menumpukan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan kesalahan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa pegawai dan kakitangan.
Aduan berhubung integriti boleh disalurkan dengan menghantar emel secara terus kepada Unit Integriti KPWKM dengan menaip whistleblower@kpwkm.gov.my atau hadir sendiri ke pejabat Unit Integriti di Aras 26, KPWKM.
Ya. Salah laku tersebut masih di bawah bidang kuasa Unit Integriti dan aduan boleh disalurkan terus seperti mana cara yang diperjelaskan di dalam soalan ke- 17.
Ya, boleh. Ini kerana aduan-aduan tersebut akan diambil tindakan setelah saringan dibuat dan Unit Integriti akan menyalurkan aduan-aduan tersebut kepada agensi-agensi penguatkuasa yang berkenaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk diambil tindakan terhadap semua aduan-aduan tersebut.
