LENSA KPWKM

PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERPADUAN BERBAGAI KAUM 2025

Program      15 November 2025      Pulau Pinang    

PROGRAM SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERPADUAN BERBAGAI KAUM 2025

15 November 2025

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, mewakili YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, telah menghadiri serta merasmikan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak Perpaduan Berbagai Kaum 2025. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Muhibbah Negeri Pulau Pinang (MPMNPP) sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung di Panggung Terbuka, Taman Bandaraya Pulau Pinang.

Program ini berperanan sebagai platform penting untuk menyatukan masyarakat, menyemai kasih sayang serta memupuk semangat muhibah khususnya dalam kalangan kanak-kanak.

Tema Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada tahun ini ialah “My Day, My Rights”, yang menekankan bahawa setiap kanak-kanak, tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang, memiliki hak yang wajar dihormati dan diperkasakan.

KPWKM kekal komited dalam menyokong usaha memperkukuh perpaduan dan keharmonian dalam komuniti berbilang kaum di Malaysia, di samping terus meningkatkan kesejahteraan kanak-kanak di seluruh negara.

ATAS
Accessbility Option