LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS PASCA MESYUARAT KHAS JEMAAH MENTERI MENGENAI RANCANGAN MALAYSIA KETIGA BELAS (RMK -13)

Mesyuarat      22 Julai 2025      Kuala Lumpur    

Sesi Libat Urus Pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK -13)

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta pengurusan tertinggi KPWKM telah menghadiri Sesi Libat Urus Pasca Mesyuarat Khas Jemaah Menteri mengenai Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) bersama Kementerian Ekonomi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Nor Azmie bin Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi.

Sesi ini membincangkan hala tuju dasar utama negara termasuk isu penuaan penduduk yang bakal memberi impak besar kepada pasaran kerja dan pembangunan sosioekonomi negara.

YB Menteri turut menekankan kepentingan meningkatkan penglibatan wanita dalam tenaga buruh, pelaksanaan dasar sekurang-kurangnya 1% pekerja OKU di sektor awam dan swasta serta pembangunan industri penjagaan yang akan menjadi antara sektor penting dalam menghadapi status negara tua menjelang 2030.

KPWKM terus komited memastikan suara dan kepentingan semua lapisan masyarakat diangkat dalam RMK13 agar tiada yang tercicir dalam mencapai matlamat Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option