Program Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2026
6 - 7 Februari 2026
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Program Permukiman Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP) 2026 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Bertitik tolak daripada Permukiman Jemaah Menteri yang lalu, pemukiman ini berperanan sebagai langkah strategik Kerajaan dalam memperkukuh keselarasan kepimpinan serta kecekapan pentadbiran awam, memperincikan hala tuju pelaksanaan dasar dan memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan berlandaskan integriti, profesionalisme dan nilai amanah.
Pendekatan ini sejajar dengan prinsip Kerajaan MADANI yang menekankan tadbir urus berkesan, telus dan berorientasikan rakyat.