LENSA KPWKM

32ND MEETING OF THE ASEAN COMMISSION ON THE PROMOTION AND PROTECTION OF THE RIGHTS OF WOMEN AND CHILDREN (ACWC)

Mesyuarat      4 Mei 2026      KPWKM    

32ND MEETING OF THE ASEAN COMMISSION ON THE PROMOTION AND PROTECTION OF THE RIGHTS OF WOMEN AND CHILDREN (ACWC) SECARA BACK-TO-BACK DENGAN SESI KONSULTASI BERKAITAN

KPWKM telah menghadiri Mesyuarat ACWC kali ke-32 secara back-to-back dengan Sesi Konsultasi Berkaitan secara dalam talian pada 4 hingga 5 Mei 2026.

Delegasi KPWKM telah diketuai oleh YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku Wakil Hak Kanak-Kanak merangkap Pengerusi ACWC dan YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPWKM mewakili Ketua Setiausaha KPWKM sebagai Wakil Hak Wanita.

Semasa mesyuarat, YBrs. Puan Wan Noraidah telah menyerahkan Kepengerusian ACWC kepada Wakil ACWC (Hak Wanita) Filipina. Malaysia juga telah merakamkan penghargaan atas sinergi di bawah platform ACWC oleh Sekretariat ASEAN, Negara Anggota ASEAN (AMS) dan rakan strategik ASEAN sepanjang tempoh Kepengerusian ACWC oleh Malaysia.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pencapaian pelaksanaan projek-projek di bawah ACWC Work Plan 2021-2025 dan perancangan projek ACWC Work Plan 2026-2030, termasuk cadangan kerjasama daripada rakan strategik ASEAN iaitu Australia, Kanada, UK, UNICEF, UNFPA, UN Women dan Agence Française De Développement (FAD).

Turut hadir bersama ialah wakil-wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Jabatan Pembangunan Wanita dan JKM.

ATAS
Accessbility Option