LENSA KPWKM

YB MENTERI KPWKM PERKASA PERANAN WANITA DALAM STEM DI APEC 2025 SEMPENA WOMEN IN STEM SYMPOSIUM

Mesyuarat      13 Ogos 2025      Korea    

YB Menteri KPWKM Perkasa Peranan Wanita dalam STEM di APEC 2025 Sempena Women in STEM Symposium

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Minister of State Singapura, Mr. Goh Pei Ming serta delegasi telah mengadakan sesi perbincangan hubungan dua hala dalam pemerkasaan wanita, pembangunan keluarga, ekonomi penjagaan, dan keselamatan digital di rantau ini.

YB Menteri turut hadir ke High-Level Networking Luncheon sempena APEC 2025 Women in STEM Symposium dan dalam sesi ini beliau telah menekankan kepentingan kerjasama rentas ekonomi APEC bagi memperkukuh keupayaan wanita dalam AI dan STEM, mengurangkan jurang digital gender, serta menggalakkan inovasi yang inklusif dan lestari.

YB juga menghadiri Workshop: Girls in STEM yang menampilkan barisan penceramah bagi sesi perkongsian berkenaan peranan model wanita dalam STEM, diikuti APEC 2025 Women in STEM Symposium dengan menyampaikan ucapan tahniah serta mengiktiraf usaha kolektif negara tuan rumah dan rakan APEC dalam menyediakan platform dialog, inspirasi dan kolaborasi untuk memajukan kepimpinan wanita dalam AI.

Menutup jadual rasmi, YB menghadiri Majlis Makan Malam bersama Diaspora Malaysia di Myeondong, Seoul. YB berkongsi tentang dasar dan inisiatif KPWKM dan peranan rakyat Malaysia di luar negara sebagai duta negara.

Kehadiran YB di acara ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh penyertaan wanita dalam bidang AI dan STEM di peringkat serantau serta memupuk jaringan kerjasama antarabangsa yang mampan.

ATAS
Accessbility Option