JTPK Khas KPWKM Teliti Langkah Penyelesaian Segera Projek Lewat Jadual
24 Julai 2026
Komitmen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam memastikan setiap projek pembangunan disiapkan mengikut perancangan terus diperkukuh menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan (JTPK) Khas yang diadakan di Tapak Projek Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM memberi fokus kepada usaha penyelesaian isu dan cabaran pelaksanaan projek berstatus lewat jadual melalui tindakan intervensi yang proaktif, penyelarasan bersepadu antara agensi serta pemantauan yang berterusan.
Usai mesyuarat, YBhg. Datuk Dr. KSU turut mengadakan lawatan ke tapak projek bagi meninjau sendiri kemajuan kerja dan memastikan setiap tindakan susulan dilaksanakan dengan segera agar projek dapat disiapkan mengikut sasaran demi penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.
Turut hadir wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.