Malaysia Perkukuh Agenda Pemerkasaan Wanita di PPWE 2026, Shanghai
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Plenary Meeting of the Policy Partnership on Women and the Economy (PPWE) 2026 yang berlangsung di Shanghai Expo Center, Republik Rakyat China pada 13 hingga 14 Mei 2026.
Sepanjang hari pertama hari ini, YBhg. Datuk Dr. KSU telah menyampaikan intervensi negara berkaitan tajuk berikut:
1. Advancing Gender Equality and Women’s Economic Empowerment through Research in the Asia-Pacific Region
2. Embracing the Digital Era: Promoting Women’s Participation and Leadership in the Digital Economy, AI and Other Emerging Industries
Delegasi Malaysia juga telah menghadiri Drafting Session of the 2026 Women and the Economy Forum Statement bagi membincangkan penyediaan kenyataan bersama yang akan menjadi antara dokumen utama forum tersebut.
Penyertaan Malaysia dalam PPWE 2026 mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda pemerkasaan wanita, kesaksamaan gender dan pembangunan ekonomi yang inklusif serta mampan di peringkat serantau dan antarabangsa.