LENSA KPWKM

LAWATAN KERJA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE INSTITUSI KEBAJIKAN JKM, KPWKM

Lawatan      20 Ogos 2025      Pilihan    

Lawatan Kerja Jabatan Perkhidmatan Awam ke Institusi Kebajikan JKM, KPWKM

20 Ogos - 22 Ogos 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Bahagian Gaji dan Elaun (BGE) dan Bahagian Perjawatan dan Organisasi (BPO) telah mengadakan lawatan kerja ke Institusi Kebajikan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau secara dekat dari segi aspek perjawatan, kemudahan elaun, fasiliti, serta pengoperasian Institusi Kebajikan, di samping memahami peranan serta cabaran yang dihadapi oleh pihak JKM dalam memberikan perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

Lawatan ini turut membuka ruang perkongsian maklumat dan pandangan antara pihak JPA dan KPWKM dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik ke arah meningkatkan keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan berkualiti khususnya dalam perkhidmatan sosial demi kesejahteraan Malaysia MADANI.

Sesi lawatan ini telah diketuai oleh YM Ungku Mariam binti Ungku Mohd Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPWKM, dan pegawai-pegawai daripada KPWKM dan JKM.

ATAS
Accessbility Option