LENSA KPWKM

KEMPEN PINK CaRe: SAMBUTAN BULAN KESEDARAN KANSER PAYUDARA 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Program      21 Oktober 2026      Kuala Lumpur    

Kempen PINK CaRe: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2026 Peringkat Kebangsaan

21 Oktober 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus mempergiat usaha dengan melaksanakan program kesedaran tentang kanser payudara demi kesejahteraan masyarakat khususnya golongan wanita di Malaysia. YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah merasmikan Kempen PINK CaRe: Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2026 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang.

Menyedari kepentingan meningkatkan kesedaran wanita terhadap kesihatan payudara, Program Subsidi Ujian Mamogram yang dilaksanakan sejak tahun 2007 terus diperluas agar pengesanan awal kanser payudara dapat dilakukan. Pengesanan awal merupakan antara langkah penting dalam usaha meningkatkan peluang rawatan yang berkesan.

Komitmen ini turut diperkukuh menerusi Belanjawan 2027 apabila peruntukan Program Subsidi Ujian Mamogram ditingkatkan kepada RM9 juta berbanding RM8 juta pada tahun 2026, yang dijangka memberi manfaat kepada 38,000 wanita.

Usaha memperkasa kesedaran kanser payudara memerlukan sokongan dan penglibatan semua pihak. Kesihatan seorang ibu dan wanita penting bagi mewujudkan sebuah persekitaran keluarga yang stabil, penyayang, dan harmoni. Lakukan ujian mamogram sebelum terlambat kerana pengesanan awal bukan sahaja memberi harapan, malah mampu menyelamatkan nyawa!

ATAS
Accessbility Option