LENSA KPWKM

RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU: KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025

Program      7 Disember 2025      Putrajaya    

Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025

7 Disember 2025

Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 telah melabuhkan tirainya pada hari ini setelah berlangsung selama tiga hari di Dataran Putrajaya.

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah menghadiri Majlis Penutupan Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri.

Majlis ini turut menyaksikan pelancaran Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 oleh Perdana Menteri. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan serta perlindungan sosial rakyat.

Antara pengisian lain majlis hari ini ialah sesi Townhall Perdana Menteri bersama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri iaitu YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi dan YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof. Sesi ini menjadi platform interaksi dua hala antara Kerajaan dan rakyat.

Penganjuran program selama tiga hari ini berjaya memperlihatkan keberhasilan pentadbiran tiga tahun Kerajaan MADANI. KPWKM yang turut mengambil bahagian dalam program ini tampil menyerlah dengan penglibatan aktif Agensi dan Jabatan di bawahnya dengan membawakan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada masyarakat.

Terima kasih kepada lebih 3000 pengunjung yang sudi hadir ke reruai KPWKM sepanjang program ini berlangsung. Sokongan berterusan daripada anda menjadi pemangkin kepada kami untuk terus meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM turut hadir menyantuni para petugas dan pengunjung serta melihat kemeriahan suasana di reruai Jabatan dan Agensi KPWKM.

Sehingga berjumpa lagi di program akan datang!

Bersama kita jayakan agenda reformasi negara ????????

ATAS
Accessbility Option