LENSA KPWKM

SESI LAWATAN PENGOPERASIAN KE YAYASAN CHOW KIT OLEH KPWKM

Lawatan      3 April 2026      Kuala Lumpur    

SESI LAWATAN PENGOPERASIAN KE YAYASAN CHOW KIT OLEH TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK), KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)

3 April 2026

Hari ini, YBrs. Encik Mohd Daud Bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah mengadakan lawatan pengoperasian ke Yayasan Chow Kit (YCK), Kuala Lumpur.

Lawatan strategik ini bertujuan untuk:
• Mendalami mekanisme perkhidmatan dan fungsi penubuhan YCK dalam menyantuni kanak-kanak serta remaja berisiko.
• Menganalisis cabaran semasa yang dihadapi oleh NGO dalam memperkasakan Kumpulan sasar.
• Mengukuhkan sinergi antara Kementerian dan rakan strategik demi merangka dasar kesejahteraan rakyat yang lebih inklusif.

Sesi ini turut diisi dengan taklimat pengoperasian oleh Ketua Pegawai Eksekutif YCK, Puan Ananti Rajasingam, serta aktiviti menyantuni penghuni pusat secara langsung. Lawatan ini juga disertai oleh wakil-wakil pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik.

KPWKM sentiasa komited menyokong usaha murni organisasi seperti YCK bagi memastikan nasib setiap kanak-kanak mendapat perlindungan, pendidikan dan penjagaan yang sewajarnya demi masa depan yang lebih cerah.

ATAS
Accessbility Option