KPWKM terima Sijil Keaktifan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Tahun 2024
24 Julai 2025
KPWKM telah menerima pengiktirafan sebagai salah satu Kementerian aktif melaksanakan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Tahun 2024. Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan komitmen berterusan KPWKM dalam menyediakan platform dua hala antara Pihak Pengurusan KPWKM dengan Pihak Pekerja melalui pelaksanaan MBJ di Peringkat KPWKM.
YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) mewakili YBhg. Datuk Dr. KSU telah menerima Sijil Pengiktirafan yang telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dalam Persidangan MBJ peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2025.
Pengiktirafan ini merupakan pemangkin semangat kepada seluruh warga KPWKM untuk terus memperkukuhkan budaya penyampaian perkhidmatan yang cekap, inklusif dan berteraskan komunikasi dua hala yang konstruktif.
Syabas seluruh warga KPWKM. Teruskan komitmen dalam mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan demi kecemerlangan perkhidmatan awam.