LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI KANAK-KANAK (MKBKK) BILANGAN 1 TAHUN 2026

Mesyuarat      7 September 2026      Sarawak    

???????????????????????????????????????????? ???????????????????????????????? ???????????????? ???????????????????????????????????????????????????? ????????????????????-????????????????????

7 September 2026
Kuching, Sarawak

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak (MKBKK) Bilangan 1 Tahun 2026 telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Kuching, Sarawak.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh perancangan strategik serta meneliti isu dan cabaran berkaitan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak. Ia turut membuka ruang kepada ahli MKBKK untuk mengemukakan pandangan, ulasan dan syor penambahbaikan terhadap perkara yang dibincangkan.

Mesyuarat turut membincangkan tiga kertas pembentangan yang merangkumi satu kertas pemakluman dan dua kertas pertimbangan, iaitu:

1. Kertas Pemakluman: Cadangan Penambahbaikan di bawah Concluding Observations Dialog Konstruktif Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, oleh Puan Safriah Md Adzhar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga, KPWKM;

2. Kertas Pertimbangan: Memperkasa Sistem Kebajikan Kanak-Kanak di Malaysia: Ke arah Penyampaian Perkhidmatan yang Berkesan dan Mampan, oleh YBrs. Dr. Faizah Haji Mas’ud, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); dan

3. Kertas Pertimbangan: Kerangka Kerja Penjagaan Sosial Lanjutan untuk Kanak-Kanak Jagaan Negara Beralih ke Arah Kehidupan Berdikari, oleh YBhg. Prof. Dr. Siti Hajar Abu Bakar Ah, Profesor Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Mesyuarat turut disertai ahli MKBKK bagi penggal 2026 hingga 2027, termasuk dua wakil kanak-kanak daripada Majlis Perwakilan Kanak-Kanak (MPKK) Kebangsaan, iaitu Nurul Farisha Irdina Mohd Razi, Pengerusi MPKK Kebangsaan dan Sarah Jasmin binti Samrizat Sazli, Timbalan Pengerusi MPKK Kebangsaan.

Platform ini diharap akan terus memperkukuh kesepakatan dan kerjasama semua pihak dalam memastikan setiap dasar, perancangan dan tindakan yang dilaksanakan memberikan impak positif terhadap perlindungan, kebajikan dan pembangunan kanak-kanak di negara ini.

ATAS
Accessbility Option