Majlis Perhimpunan Bulanan YAB Perdana Menteri & Amanat Tahun Baharu 2026
5 Januari 2026
Permulaan tahun baharu disemarakkan dengan semangat kebersamaan apabila warga KPWKM berkumpul pada hari ini bagi mendengar Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YAB Perdana Menteri secara maya.
Menerusi sesi ini, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan amanat berkaitan usaha-usaha memperkukuh reformasi penyampaian perkhidmatan awam, hala tuju Tahun 2026 dan pencapaian-pencapaian yang telah dikecapi sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.
KPWKM menyambut baik segala amanat yang disampaikan dan terus komited meningkatkan prestasi dalam menjalankan tugas dengan amanah selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.