LENSA KPWKM

SAMBUTAN HARI PEKERJA TAHUN 2025 PEKERJA KESUMA BANGSA

Program      1 Mei 2025      Axiata Arena, Bukit Jalil.    

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2025 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Bertemakan “Pekerja Kesuma Bangsa”, sambutan ini menzahirkan penghargaan tertinggi negara kepada para pekerja yang menjadi teras utama kemajuan dan kemakmuran Malaysia. Tema ini mencerminkan peranan pekerja sebagai permata bangsa — berharga, bernilai, dan tidak ternilai dalam membina masa depan negara yang lebih inklusif, sejahtera dan berdaya tahan.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pekerja yang menjadi tonggak utama kepada pertumbuhan ekonomi dan kestabilan sosial negara.

Antara acara penting dalam majlis ini termasuk pelancaran Kad Pekerja MADANI, satu inisiatif baharu yang bakal memberi pelbagai manfaat dan perlindungan kepada para pekerja, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluas jaringan keselamatan sosial dan memperkasa kebajikan tenaga kerja negara.

Turut dilancarkan aplikasi mudah alih MyFutureJobs, sebagai platform pencarian pekerjaan yang lebih cekap, mesra pengguna, dan bersepadu dengan keperluan pasaran semasa.

ATAS
Accessbility Option