LENSA KPWKM

SAMBUTAN HARI OKU TAHUN 2025 - MASYARAKAT INKLUSIF OKU, KUNCI KEMAJUAN SOSIAL

Program      3 Disember 2025      Putrajaya    

SAMBUTAN HARI OKU TAHUN 2025 - MASYARAKAT INKLUSIF OKU, KUNCI KEMAJUAN SOSIAL

3 Disember 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (HOKU) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

HOKU 2025 yang bertemakan “Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial” membawa mesej bahawa kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui ekonomi atau infrastruktur, tetapi juga sejauh mana kita menghormati, menerima, dan memberi peluang saksama kepada semua warganya termasuk golongan OKU.

Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk memastikan setiap OKU mendapat peluang dan sokongan menyeluruh, termasuk pendidikan inklusif; pembangunan kemahiran dan peluang pekerjaan; kemudahan awam dan infrastruktur mesra OKU; program sosial dan kehidupan komuniti; dan perlindungan undang-undang.

KPWKM ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada penerima Anugerah HOKU 2025 seperti berikut :

Anugerah Khas Ibu Bapa Mithali OKU
~ Encik Abd Aziz Bin Sehat & Puan Roslina Binti Rajudin

Anugerah Khas OKU (Akademik)
~ Dr. Mastura Mahamed

Anugerah Khas OKU (Sukan)
~ Nicodemus Manggoi Anak Moses

Anugerah Khas OKU (Usahawan)
~ Nor Zaidah Bt Ab Rahman

Anugerah Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cemerlang
~ Pertubuhan PDK Sungai Buloh, Selangor

Anugerah Majikan Prihatin (Swasta)
~ Ambang Wira Sdn Bhd
~ Gold Mark Asia Sdn Bhd

Anugerah Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK) OKU Cemerlang
~ Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan

Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin
~ Majlis Daerah Kerian
~ Majlis Perbandaran Jasin
~ Majlis Bandaraya Subang Jaya

Turut hadir dalam majlis tersebut, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, YB Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara.

ATAS
Accessbility Option