LENSA KPWKM

PROGRAM A JOURNEY OF MALAYSIA’S PARTICIPATION UNDER THE CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD

Program      22 Mei 2026      KPWKM    

PROGRAM A JOURNEY OF MALAYSIA’S PARTICIPATION UNDER THE CONVENTION ON THE RIGHTS OF THE CHILD

22 Mei 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku penyelaras utama Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) telah mengambil inisiatif untuk berkongsi perjalanan Malaysia sepanjang tiga dekad menyertai Konvensyen ini bersama para Duta dan Perwakilan Asing di Malaysia.

Semasa program ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga telah melancarkan buku terbitan KPWKM berjudul “The Continuing Covenant : Malaysia’s Journey under the Convention on the Rights of the Child” yang menggariskan pencapaian Malaysia berkaitan CRC, cabaran dan juga komitmen negara.

Pada majlis yang sama, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM juga telah membentangkan penggubalan akta dan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh KPWKM hasil kerjasama rapat pelbagai Kementerian dan Agensi.

KPWKM turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan YBhg. Dato’ Yasmeen Shariff, Calon Malaysia sebagai Ahli Jawatankuasa CRC bagi penggal 2027-2031. Pencalonan beliau ini juga merupakan manifestasi komitmen berterusan Malaysia dalam mengangkat hak kanak-kanak di pentas antarabangsa.

Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Faisal Muhamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala), Kementerian Luar Negeri dan Duta-Duta serta Perwakilan Asing di Malaysia.

ATAS
Accessbility Option