LENSA KPWKM

PROGRAM INSPIRASI WANITA JOHOR PERKASA POTENSI KEPIMPINAN WANITA

Program      8 Ogos 2025      Johor    

Program Inspirasi Wanita Johor Perkasa Potensi Kepimpinan Wanita

8 Ogos 2025

Lebih 400 peserta terdiri daripada pelajar, penjawat awam, sektor swasta serta pemimpin wanita telah hadir menyertai Program Inspirasi Wanita Johor anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) hari ini.

Program yang menjadi platform memperkukuh potensi kepimpinan wanita dari pelbagai lapisan masyarakat ini
telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Johor Bahru.

Bertemakan ‘Secure. Lead. Transform.’ program ini memperkasa budaya keyakinan diri dan kepimpinan wanita, sekali gus memperluas peranan wanita sebagai agen perubahan dalam bidang ekonomi, sosial, digital serta keselamatan negara.

Inisiatif ini sejajar dengan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, yang memberi tumpuan kepada keselamatan, kesejahteraan dan pembangunan kapasiti wanita secara menyeluruh.

KPWKM kekal komited dalam memperkukuh ekosistem yang menyokong kepimpinan wanita selaras dengan nilai keyakinan dan kesejahteraan yang menjadi teras kepada Kerajaan MADANI.

Antara pengisian menarik sepanjang program ini termasuk:

-Sesi forum
-Perkongsian pengalaman tokoh wanita
-Advokasi pencegahan gangguan seksual
-Pameran interaktif

Tahniah wanita Johor!!.

Untuk wanita di luar sana, tunggu kami di lokasi seterusnya.

ATAS
Accessbility Option