LENSA KPWKM

SESI PERKONGSIAN ILMU OLEH PENGURUSAN TERTINGGI (KPWKM) KURSUS LUAR NEGARA TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TAHUN 2025

Program      19 Disember 2025      KPWKM    

Sesi Perkongsian Ilmu Kursus Luar Negara Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tahun 2025

19 Disember 2025

Dalam usaha melahirkan penjawat awam yang berdaya saing, berfikiran global dan kompeten, pendedahan kepada ilmu serta amalan terbaik di peringkat antarabangsa adalah penting. Penyertaan dalam kursus luar negara menjadi antara pendekatan strategik bagi memperkukuh kepimpinan, pemikiran strategik dan keupayaan membuat keputusan yang berimpak tinggi.

KPWKM melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu Kursus Luar Negara Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tahun 2025 dengan penglibatan kepimpinan tertinggi serta kehadiran warga kementerian.

Dalam sesi ini, barisan kepimpinan tertinggi terdiri daripada YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian, Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan Encik Mohd Daud bin Mohd Ariff, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM telah berkongsi pengalaman, pengetahuan dan perspektif strategik hasil penyertaan dalam program dan kursus di luar negara.

Antara fokus utama yang diketengahkan merangkumi pemanfaatan Kecerdasan Buatan (AI) sebagai sokongan kepada pembuatan keputusan kepimpinan, pendekatan kepimpinan transformasi dalam memperkukuh perkhidmatan awam, serta pemerkasaan kepimpinan wanita sebagai pemacu organisasi yang lebih inklusif dan berdaya tahan.

Perkongsian ini diharapkan dapat memperluas pemahaman warga kementerian terhadap amalan terbaik global dan seterusnya diterjemahkan dalam tugasan harian demi meningkatkan kecekapan organisasi serta kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

ATAS
Accessbility Option