LENSA KPWKM

KPWKM PERLUAS ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KE KOMUNITI

Program      9 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

KPWKM Perluas Advokasi Perlindungan Kanak-kanak Ke Komuniti

9 Ogos 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah merasmikan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : KASIH Kanak-Kanak Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tahun 2025.

Program ini merupakan usaha Kerajaan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap isu penderaan, pengabaian dan eksploitasi kanak-kanak, selaras dengan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagi tahun 2025, KPWKM menyasarkan pelaksanaan program ini di 300 buah sekolah seluruh negara. Program advokasi ini telah dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh negara termasuk 7 buah sekolah di WPKL yang melibatkan 2,519 peserta pada tahun 2024.

Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh advokasi perlindungan kanak-kanak, sebagai satu gerakan nasional yang menyeluruh dan inklusif.

KPWKM menyeru agar usaha perlindungan kanak-kanak perlu digerakkan secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat.

Laporkan dengan segera sebarang kes berkaitan kanak-kanak melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999.

ATAS
Accessbility Option