LENSA KPWKM

PROGRAM KENDURIAN FIESTA @ KPWKM KEMBALI

Program      22 Julai 2025      KPWKM    

Program Kendurian Fiesta @ KPWKM Kembali

22 Julai 2025

Mengambil kesempatan dengan kemeriahan musim durian, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) KPWKM sekali lagi menganjurkan Program Kendurian Fiesta sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli KESKEB yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan terhadap aktiviti kelab.

Kendurian Fiesta yang kini memasuki edisi kedua sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2024, mendapat sambutan hangat khususnya dalam kalangan peminat ‘raja buah’ yang tidak melepaskan peluang menikmati pelbagai jenis durian seperti Musang King, D24 dan Durian Kampung. Tidak ketinggalan, para hadirin turut disajikan dengan pelbagai buah-buahan tempatan lain seperti manggis, rambutan dan laici.

Lebih daripada sekadar jamuan buah-buahan, program ini berjaya mengeratkan lagi ukhwah dan semangat perpaduan dalam kalangan warga KPWKM melalui suasana santai dan penuh kemesraan.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada semua ahli KESKEB yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dan memastikan segalanya berjalan lancar.

ATAS
Accessbility Option