LENSA KPWKM

PROGRAM SEMARAK RAMADAN TAHUN 2026

Program      3 Mac 2026      Kuala Lumpur    

Program Semarak Ramadan Tahun 2026

3 Mac 2026

Program Semarak Ramadan Tahun 2026 Institut Sosial Malaysia telah berlangsung pada hari ini dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBrs. Puan Norhaslinda binti Mohd Sibi, Pengarah Institut Sosial Malaysia, pelajar-pelajar Madrasah Darul Quran Wal Ulumil Islamiyyah, Seri Petaling dan jemputan yang hadir memeriahkan program.

Pengisian program dimulakan dengan Ceramah bertajuk Nilai-Nilai Murni: Ramadan Reset Hati, Reset Hidup yang disampaikan oleh PU Amin, diikuti bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir ringkas, majlis berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.

Turut diadakan acara penyerahan sumbangan oleh YB Menteri kepada wakil Madrasah Darul Quran Wal Ulumil Islamiyyah sebagai tanda sokongan berterusan terhadap institusi pendidikan Islam dan usaha memperkasa komuniti.

Program ini menjadi platform memperkukuh silaturahim serta menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni dalam bulan Ramadan yang mulia.

ATAS
Accessbility Option