Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi
8 Jun 2026
Hari ini, warga KPWKM berkumpul di Auditorium Aras 7 bagi menyertai Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi yang diadakan secara hibrid.
Dalam sesi perjumpaan ini, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyeru setiap warga kementerian untuk bekerja dengan penuh keikhlasan dan sentiasa memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan isu penyalahgunaan visa lawatan oleh warga asing bagi menjalankan perniagaan tanpa lesen dan permit yang sah. Agensi penguatkuasaan digesa untuk mengambil tindakan yang tegas bagi membendung aktiviti haram ini.
YAB Perdana Menteri juga menekankan soal nilai seperti toleransi dan hormat-menghormati yang perlu diamalkan bagi memelihara hubungan baik sesama manusia.