YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan sesi perbincangan Bengkel Pembangunan Kapasiti sebagai persediaan delegasi Malaysia membentangkan Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).
Bengkel Pembangunan Kapasiti ini telah diadakan selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Julai 2025 dengan disertai pegawai-pegawai kanan dan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert, SME) dari lebih 22 Kementerian dan Agensi. Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah bagi menerangkan perjalanan dialog konstruktif CRC selain membincangkan isu kanak-kanak yang perlu diberi perhatian oleh delegasi Malaysia kelak.
Penganjuran bengkel ini adalah hasil kerjasama erat KPWKM bersama United Nations Children’s Fund (UNICEF) dan Office of the United Nations High Commissioner for Human Rights (OHCHR). Sesi perbincangan turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dan pegawai-pegawai KPWKM.