KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH (RISDA) - YB TUAN HAJI MANNDZRI HAJI NASIB KEPADA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
6 April 2026
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff telah menerima kunjungan hormat daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), YB Tuan Haji Manndzri Haji Nasib di Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hari ini.
Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk menyelaras gerak kerja program demi kesejahteraan kumpulan sasar terutama dalam aspek penjagaan warga emas , pemerkasaan ekonomi dan sosial wanita di luar bandar.
Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM dan Puan Norhadznita binti Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian Kolaborasi Strategik KPWKM dan pegawai kanan daripada KPWKM dan RISDA.
KPWKM amat menyambut baik inisiatif jalinan kerjasama ini yang memberi impak dalam memperkasa serta memberi manfaat berterusan kepada wanita, keluarga dan masyarakat, khususnya di kawasan luar bandar.