LENSA KPWKM

SESI PEMBENTANGAN BAGI PEMILIHAN PENERIMA 3RD ASEAN UNDERSTANDING SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT AWARDS (3RD AOSWADA) 2025 MALAYSIA

Mesyuarat      24 Julai 2025      KPWKM    

Sesi Pembentangan Bagi Pemilihan Penerima 3rd ASEAN Understanding Social Welfare and Development Awards (3rd AOSWADA) 2025 Malaysia

ASEAN Outstanding Social Welfare and Development Awards (AOSWADA) merupakan inisiatif di peringkat ASEAN bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada satu Non-Governmental Organisations/Civil Society Organisations (NGOs/CSOs) dan satu syarikat swasta dari Negara Anggota ASEAN (AMS) yang telah memberi sumbangan signifikan dalam bidang kebajikan dan pembangunan sosial dengan pencapaian luar biasa.

Satu sesi pembentangan bagi memilih penerima daripada Malaysia bagi 3rd ASEAN AOSWADA 2025 telah diadakan secara dalam talian pada 24 Julai 2025. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyenarai pendek lima penyertaan di bawah kategori Non-Governmental Organisations/Civil Society Organisations (NGOs/CSOs) dan lima penyertaan di bawah syarikat swasta. Setiap calon yang disenarai pendek telah membentangkan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan dan pencapaian mereka dalam pembangunan sosial, pemerkasaan kumpulan sasar serta pengukuhan jaringan sokongan komuniti.

Jawatankuasa penilaian telah diketuai oleh YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) dan dianggotai oleh wakil daripada Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Kolaborasi Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Majlis penganugerahan AOSWADA diadakan setiap dua sekali. Bagi tahun 2025, ia akan dilaksanakan semasa 12th ASEAN Ministerial Meeting on Social Welfare and Development (AMMSWD) and Related Meetings yang dijadualkan pada 27 Ogos 2025.

ATAS
Accessbility Option