Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bilangan 3 Tahun 2026
24 September 2026
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) Bilangan 3 Tahun 2026 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Unit Audit Dalam, KPWKM dan/atau Jabatan Audit Negara bagi memastikan tindakan pembetulan (corrective) dan pencegahan (preventive) dapat diambil untuk mengelakkan kelemahan yang sama daripada berulang.
Mesyuarat turut memberi penekanan terhadap tata kelola yang baik (good governance) dan nilai faedah yang terbaik (best value for money) bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti penyampaian perkhidmatan KPWKM.
KPWKM terus komited memperkukuhkan sistem tadbir urus kewangan yang berintegriti, selaras dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.