LENSA KPWKM

TEMUBUAL WANITA HARI INI SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA TAHUN 2026 DAN PROGRAM KASIH RAMADAN KPWKM

Aktiviti      2 Mac 2026      Kuala Lumpur    

TEMUBUAL WANITA HARI INI SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA TAHUN 2026 DAN PROGRAM KASIH RAMADAN KPWKM

2 Mac 2026

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjadi tetamu Wanita Hari Ini bagi mengupas tajuk “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) Tahun 2026.

Perasmian sambutan tahun ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Mac 2026 (Selasa) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, YB Menteri turut meluangkan masa menyantuni para petugas Media Prima menerusi Program KASIH Ramadan Media KPWKM 2026, dengan edaran Laksa Sarawak sebagai juadah berbuka puasa juga tanda penghargaan buat barisan media yang sentiasa menyokong KPWKM.

ATAS
Accessbility Option