LENSA KPWKM

ZIARAH KEMBARA KASIH KPWKM ZON 2 HARI PERTAMA

Program      22 Mei 2025      Sabah    

Ziarah Kembara KASIH KPWKM Zon 2: Hari Pertama

22 Mei 2025

Usai Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat Bergerak YKN, konvoi Kembara KASIH bergerak ke rumah salah seorang klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu Saiful Ridzuan bin Amri, penerima Bantuan Penjagaan OKU / Pesakit Kronik Terlantar). Beliau terlantar sakit kesan daripada pendarahan otak sejak September 2024 dan perlu menggunakan ‘ryles tube’ yang perlu ditukar dua minggu sekali. Kini, beliau dijaga oleh isterinya dan mempunyai dua orang anak.

YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM yang mengetuai konvoi Kembara KASIH KPWKM pada hari ini telah menyampaikan Bakul Makanan JKM, Kit Kesihatan LPPKN serta Sumbangan Wang Tunai YKN kepada klien ini. Beliau turut menitipkan kata-kata semangat dan berharap sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban yang ditanggung.

ATAS
Accessbility Option