LENSA KPWKM

KPWKM KOMITED PERKASA GOLONGAN RENTAN MENERUSI ANJUNG DINAMIK

Program      4 Mei 2026      Selangor    

KPWKM Komited Perkasa Golongan Rentan Menerusi Anjung Dinamik

4 Mei 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memperkenalkan Anjung Dinamik iaitu Hab Sosial YKN, sebuah inisiatif pusat sehenti yang holistik, inklusif dan berimpak tinggi bagi memperkasa golongan rentan ke arah kehidupan yang lebih stabil dan berdikari.

Pelancaran Anjung Dinamik telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM yang menzahirkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh agenda pemerkasaan sosial secara bersepadu.

Anjung Dinamik menggabungkan latihan kemahiran, sokongan psikososial dan peluang penjanaan pendapatan dalam satu ekosistem dengan menyasarkan kumpulan B40, ibu tunggal, wanita pencari nafkah utama, banduan wanita, OKU serta golongan rentan lain untuk dibimbing menjadi lebih berdikari. Inisiatif di bawah Belanjawan 2026 ini turut melibatkan peluasan latihan kemahiran seperti jahitan, pastri, dandanan rambut, terapi kecantikan dan kraftangan.

Berteraskan nilai KASIH (Kasih Sayang, Akhlak Mulia, Sihat, Ilmu dan Harmoni), antara kemudahan yang disediakan termasuk:
* Kafe “Ngopi dan Cerita” (latihan kemahiran keusahawanan)
* Galeri Mekar Dinamik (pemasaran produk komuniti sasar)
* Bilik Kaunseling Mindness Kasih PSSS (sokongan kesihatan mental)
* Studio Podcast “Ngopi & Cerita” (kesedaran isu sosial semasa)
* Penginapan Anjung Sinar (sokongan peralihan hidup berdikari)

Turut hadir sama ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN dan pengurusan tertinggi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option