LENSA KPWKM

TEMUBUAL MALAYSIA HARI INI SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA TAHUN 2026

Aktiviti      4 Mac 2026      Kuala Lumpur    

TEMUBUAL MALAYSIA HARI INI SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA TAHUN 2026

YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah bersiaran langsung dalam slot Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 yang mengupas mengenai “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (SHWA) Tahun 2026.

Tema “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” selaras dengan Dasar Wanita Negara 2025–2030, yang menekankan pemerkasaan wanita secara menyeluruh serta merangkumi aspek ekonomi, sosial, kepimpinan dan perlindungan sosial.

Sambutan itu akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 10 Mac 2026 (Selasa) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa menyantuni para petugas Media Prima dengan edaran pek kurma sempena bulan Ramadan 1447H.

ATAS
Accessbility Option