LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PERSATUAN WANITA INDIA SARAWAK KEPADA YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Mesyuarat      9 Oktober 2025      Parlimen    

Kunjungan Hormat oleh Persatuan Wanita India Sarawak Kepada YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

9 Oktober 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Wanita India Sarawak yang diketuai oleh YBrs. Penghulu Paliani Bilaidom @ Lucy Lingam, Presiden Persatuan Wanita India Sarawak, bersama ahli-ahli pertubuhan tersebut.

Sesi kunjungan ini menjadi platform perkongsian maklumat mengenai inisiatif Geran Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) yang bertujuan memperkasa modal sosial melalui sokongan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program-program pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

KPWKM akan terus menyokong kerjasama strategik antara Kerajaan dan NGO dalam usaha memperkasa pembangunan masyarakat yang inklusif, progresif dan sejahtera.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), serta Puan Siti Maisarah binti Roslan, Pengarah Bahagian Penilaian, Pemantauan dan Pengurusan Pengetahuan.

ATAS
Accessbility Option