LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS DALAM TALIAN DENGAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026

Mesyuarat      8 Jun 2026      KPWKM    

SESI LIBAT URUS DALAM TALIAN DENGAN KERAJAAN NEGERI BERHUBUNG RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL 2026

8 Jun 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan satu Sesi Libat Urus (SLU) dalam talian dengan Kerajaan Negeri berhubung Rang Undang-undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS). SLU ini diadakan bagi memaklumkan kepada Kerajaan Negeri dan mendapatkan pandangan mereka ke atas beberapa pindaan dasar yang telah dilaksanakan terhadap draf RUU PKS susulan daripada SLU dengan pelbagai pihak berkepentingan pada tahun 2025 dan 2026.

SLU ini juga adalah sebahagian daripada persediaan ke arah pembentangan RUU PKS demi mewujudkan satu kerangka tadbir urus yang komprehensif bagi bidang kerja sosial di Malaysia. Penggubalan RUU PKS merupakan satu inisiatif penting yang mempunyai implikasi langsung terhadap profesion kerja sosial, penyampaian perkhidmatan sosial serta kepentingan rakyat secara keseluruhan. Penggubalan RUU PKS ini disambut baik dan disokong oleh semua Kerajaan Negeri yang hadir pada hari ini.

SLU telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM dan dihadiri oleh YBrs. En. Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Penasihat Undang-undang (PUU) KPWKM dan JKM, pegawai BDPS, pegawai Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pegawai Cawangan Latihan dan Kompetensi (LAKE), JKM.

ATAS
Accessbility Option