LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD KE ATAS YBM KPWKM

Mesyuarat      31 Mac 2026      LPPKN, KL    

KUNJUNGAN HORMAT KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD KE ATAS YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

31 Mac 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad yang diketuai oleh En Mohd Najib bin Haji Mohd Noor, Pengerusi Lembaga bertempat di Bangunan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Sesi pertemuan ini menjadi wadah penting bagi membincangkan potensi kolaborasi dan kerjasama yang dapat dijalankan antara Koop Sahabat dan KPWKM dalam usaha untuk memperkasa usahawan mikro dan pembangunan ekonomi khususnya usahawan wanita seluruh negara.

Turut hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan wakil pegawai daripada Yayasan Kebajikan Negara, Encik Mohd Sazli bin Hamid.

KPWKM sentiasa komited untuk menjalinkan kerjasama bersama Koop Sahabat bagi meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti wanita dan keluarga khususnya.

ATAS
Accessbility Option