LENSA KPWKM

INDUSTRY PRE-CONVENING FOR THE 2025 ASEAN ICT FORUM ON CHILD ONLINE PROTECTION

Program      21 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

Industry Pre-Convening for the 2025 ASEAN ICT Forum on Child Online Protection

21 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Kementerian Komunikasi (KK) dengan kerjasama Content Forum dan UNICEF telah menganjurkan Industry Pre-Convening for the 2025 ASEAN ICT Forum on Child Online Protection di Kuala Lumpur.

Program ini diadakan sebagai sebahagian daripada persediaan penganjuran 2025 ASEAN ICT Forum on Child Online Protection. Selain itu, program ini diadakan bagi memberikan pendedahan kepada pemegang taruh nasional, terutamanya sektor swasta berhubung isu asas, peluang strategik dan peranan mereka dalam memperkasakan hak digital kanak-kanak serta perlindungan kanak-kanak secara dalam talian di Malaysia dan rantau ASEAN.

Kehadiran ke program ini meliputi pemegang taruh swasta dari pelbagai sektor, antaranya adalah Industry Association, EdTech, Internet Service Provider, Satellite Provider, Infrastructure, AI Developer, Social Media, EdTech, Search Engine, Fintech and Games Developer.

Sewaktu program, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menyampaikan Ucapan Pembukaan. Manakala, En. Mano Verbathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur & Telekomunikasi), KK telah menyampaikan ucapan bertajuk Framing the Day. YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai Pengerusi ACWC turut hadir bagi membentangkan mengenai Regional Plan of Action for the Protection of Children from All Forms of Online Abuse Exploitation in ASEAN (RPA COEA) dan menyampaikan ucapan penutup.

ATAS
Accessbility Option