LENSA KPWKM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BILANGAN 7 TAHUN 2025

Program      30 Julai 2025      KPWKM    

Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 7 Tahun 2025

30 Julai 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 7 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini dengan mengangkat tema “Kepelbagaian Budaya”. Majlis yang diurusetiakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini juga membawa kelainan dengan menampilkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sebagai pengacara, selaras dengan aspirasi negara menuju era pendigitalan dan inovasi digital.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam majlis pada hari ini adalah:

  • Penyertaan KPWKM dalam 2025 Global Summit of Women (GSW2025) di Berlin yang memberi fokus kepada isu kepimpinan wanita global dan kesan teknologi kecerdasan buatan.

  • Penganjuran ASEAN + ROK Conference on Care and Support for Older Persons yang menghimpunkan pakar-pakar dari seluruh ASEAN untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik dalam penjagaan warga emas.

  • Penglibatan KPWKM di World Expo Osaka, Jepun bagi memperkenalkan Kerangka Strategik dan Pelan Tindakan Penjagaan 2026–2030 sebagai usaha menjadikan sektor penjagaan sebagai pemacu ekonomi baharu yang inklusif dan mampan.


Majlis turut meraikan pencapaian KPWKM di peringkat antarabangsa dengan penganugerahan ASEAN PR Excellence Awards 2025 bagi kategori Social Impact sempena Kuala Lumpur International Public Relations Conference 7 (KLIP7). Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf usaha berterusan KPWKM dalam menyebarluas inisiatif-inisiatif sosial yang dilaksanakan melalui aktiviti promosi dan publisiti di pelbagai platform media. Anugerah telah disampaikan kepada Puan Rozilah binti Katan, Ketua Unit Komunikasi Korporat, KPWKM.

ATAS
Accessbility Option