LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME KEPADA KSU KPWKM

Mesyuarat      11 September 2025      Kuala Lumpur    

Kunjungan Hormat UNDP Kepada KPWKM

11 September 2025

Hari ini YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Edward Vrkic, Resident Representative UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, bersama delegasi UNDP.

Kunjungan hormat ini membuka peluang kerjasama strategik antara KPWKM dan UNDP, khususnya dalam memperkukuh agenda Industri Penjagaan yang semakin penting dalam konteks Malaysia menuju status negara tua.

Perbincangan turut menekankan keperluan meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh, serta menggalakkan pelaburan dalam industri penjagaan yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan sosial tetapi juga berpotensi menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif ini adalah selaras dengan inisiatif yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

KPWKM amat menghargai kepakaran dan pengalaman luas UNDP dalam bidang pembangunan mampan, dasar sosial, serta pemerkasaan gender. Dengan sokongan serta pandangan strategik daripada UNDP, Kementerian yakin usaha bersama ini akan terus memperkukuh dasar inklusif, meningkatkan kesejahteraan rakyat, dan memperkukuh peranan Malaysia sebagai peneraju agenda penjagaan di rantau ini.

Turut sama hadir dalam sesi kunjungan hormat ini ialah YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), serta pegawai-pegawai kanan KPWKM.

ATAS
Accessbility Option