LENSA KPWKM

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1448H2026M

Program      25 Ogos 2026      Selangor    

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1448H/2026M anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, YBhg. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Seramai 45 orang mewakili Kontinjen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menyertai perarakan yang penuh bermakna ini. Turut hadir mengimarahkan sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M ialah YBrs. Dr. Shahrulnaim Mohd Amin, Ketua Unit Integriti, KPWKM.

Sesungguhnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan teladan kepada semua bahawa kekuatan sesebuah ummah itu terbina melalui iman yang teguh, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat, serta kasih sayang dan ukhwah yang berpanjangan.

Semoga kita semua sentiasa beristiqamah dalam mencontohi sunnah Baginda dalam kehidupan dan kerjaya.

ATAS
Accessbility Option