LENSA KPWKM

HARI PERTAMA SAMBUTAN NOVEMBER BULAN KELUARGA KEBANGSAAN

Program      8 November 2025      Putrajaya    

Kemeriahan sekitar hari pertama Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan anjuran agensi di bawah KPWKM iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga di Ekspo K.A.S.I.H antaranya:

-Pakej KASIH MADANI 2.0
-KASIH Keluarga Ceria
-Bantuan IUI dan Advokasi Infertiliti (BUAI)
-Saringan Kanser Serviks (HPV DNA)
-Urutan Kesejahteraan & Penjagaan Selepas Bersalin Mamacare
-Aktiviti Pemerkasaan Lelaki
-Promosi Pakej Perkahwinan RAHMAH

Terdapat juga inisiatif dan bahan informasi disediakan untuk memperkasa pengetahuan serta kesedaran masyarakat seperti:

-Talian Kasih 15999
-Kempen “Awak OK Tak?”
-Pameran & Penerbitan LPPKN & ISM
-Helpdesk Bantuan JKM
-Helpdesk JPW
-Advokasi Antigangguan Seksual

Antara aktiviti santai yang turut mendapat sambutan pada hari ini ialah Demonstrasi Belajar Bahasa Isyarat, Petting Zoo, Soopa Doopa, permainan tradisional, wayang pacak dan Jualan RAHMAH MADANI.

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM turut sama hadir mewarnai hari pertama Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan.

Bagi anda yang tidak berpeluang untuk datang pada hari ini, jangan risau. Anda masih berkesempatan hadir memeriahkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan yang akan dirasmikan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada:

-9 November 2025 (Ahad)
-Padang Semarak, Taman Wetland, Putrajaya

Ayuh raikan KASIH dan kebahagiaan bersama!

ATAS
Accessbility Option