LENSA KPWKM

PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT DAERAH TUMPAT

Program      17 Oktober 2025      Kelantan    

Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Daerah Tumpat

17 Oktober 2025

Program Senaman Warga Emas Daerah Tumpat telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) 3A Pasir Pekan sebagai penganjur bersama.

Secara keseluruhannya, seramai 150 peserta terdiri daripada 120 orang warga emas dan komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam aktiviti senaman sejauh 1.4 kilometer yang diadakan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Warga Emas.

Program ini bertujuan menggalakkan penyertaan warga emas dalam aktiviti sihat dan gaya hidup aktif, selaras dengan usaha KPWKM memperkukuh kesejahteraan sosial dan memperkasa komuniti warga emas di seluruh negara.

Program diadakan di Dataran Kampung Pasir Pekan Tengah dan Trek Joging yang dibangunkan oleh KPWKM melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM bersama wakil pelbagai agensi termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (PPPNK), PAWE 3A Pasir Pekan, Rumah Seri Kenangan Pengkalan Chepa, Persatuan Prihatin Pasir Pekan serta Majlis Tindakan Rakyat Negeri Kelantan yang bersama menjayakan penganjuran ini.

ATAS
Accessbility Option